Posts

MTE3012 - MICROSOFT EXCEL : EXAMINATION RESULT & ANALYSIS [CLASS]

Image
4 Oktober 2019, hari ni last day untuk submit assignment Microsoft Word : Mail Merge ke dalam MyGuru. Hari ini juga kami dikejutkan lagi dengan satu berita apabila keheningan suasan kelas dipecahkan dengan pengumuman yang dilakukan oleh Vivian selaku ketua kelas kami. "Miss Sandra will not teaching us started from today. So our new tutor will be coming in a short amount of time, which is Miss Nurul" - ujar Vivian "Kenapa Miss Sandra tak ajar kita lagi ?" " Miss Sandra dah tak sayang kita lagi ka?" Ujar rakan-rakan sekelasku. "Ahh, korang yang nakal sangat tu. Payah nak handle. Tu yang kita bertukar tutor lagi" jawab salah seorang dari rakan sekelasku. Kesunyian yang menyapa kelas kami sebentar tadi dipecahkan dengan tawa dengan andaian dan lawak-lawak spontan yang direka semata-mata sebagai hiburan. Tapi bila difikirkan semula, ada betulnya juga. Kelas kami terlalu aktif ibarat tertelan 3 tan lori gula. Siapa pun pasti penat melay...

MTE3012 - MAIL MERGE [1ST ASSIGNMENT]

Image
It's 30 September 2019, I just checked out my MyGuru, and finally! Assignment pertama MTE adalah berkaitan dengan Mail Merge , yeay! The submission date for this assignment is on   4th October 2019 ! Kami dikehendaki untuk menyediakan 30 buah sijil yang merangkumi 25 buah sijil penyertaan manakala 5 sijil penghargaan yang melibatkan Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, Tempat Keempat dan Tempat Kelima seperti berikut. Sebelum ini, kalau dekat sekolah dahulu, saya buat sijil untuk mana-mana event hanyalah   secara manual. Main copy & paste sahaja, lenguh juga jari dibuatnya. Kadang-kadang setting sijil tu lari dan perlu re-check  dua tiga kali sebelum print sijil. Tetapi selepas belajar menggunakan teknik Mail Merge, setting sijil langsung tak lari, manakala, proses nak memasukkan nama dan details lain pun mudah. Ya Allah, rasa indahnya dunia bila dah tahu teknik Mail Merge ni. Sambil-sambil terfikir nak cari nama 30 orang tu, tiba-tiba rasa nak buat sijil m...

MTE3012 - MICROSOFT WORDS : MAIL MERGE [CLASS]

Image
27 September 2019, kelas ketiga MTE. Bila refresh balik apa yang Miss Sue beritahu minggu lepas, pada minggu ini kami akan belajar Topik ke-2 iaitu Microsoft Words : Mail Merge. Sesampainya sahaja kami di kelas, ruangan kerusi dan meja yang biasa diduduki oleh tutor masih terlihat kosong. Sedang dalam keadaan tertanya-tanya itu, persoalan yang bermain di mandala fikiran kami dipecahkan keheningan suasananya dengan suara ketua kelas kami, Vivian, yang memberitahu bahawa Miss Sue tidak akan mengajar kami lagi. "HAHHH ?!!" , "Habis tu siapa yang ajar kita MTE?" , "Kita belajar sendiri ka?" Sudah tentu itu antara soalan yang diutarakan secara terus kepada Vivian pada ketika itu. "Sabar, sabar." ujar Vivian menenangkan kami. "Miss Sue akan mengajar separuh dari kelas A yang lain lagi, manakala, bermula dari hari ini, tutor baharu kita adalah Miss Sandra. Miss Sandra sedang dalam perjalanan dan akan sampai ke sini sekejap lagi" sambung V...

MTE3012 - INTRODUCTORY CLASS [1st Chapter]

Image
20 September 2019, kelas kedua kami menghadiri kelas MTE. Hari ini, bilangan pelajar dalam kelas MTE Kumpulan A sedikit kurang berbanding minggu lepas setelah kami dipecahkan kepada 2 buah kelas iaitu A1 dan A2. Bagi kumpulan kelas A1, kami masih berada di bawah bimbingan dan seliaan Miss Sue. Macam biasa,  sebelum kelas bermula kehadiran akan diambil dahulu. Adalah dalam lebih kurang 30 orang tidak silap dalam kelas hari ni, termasuklah 4 orang International Students yang berasal dari Negara China .  Bagi kelas pertama yang melibatkan sesi PdPc pada hari ini, Miss Sue memperkenalkan kami kepada topik pertama dalam MTE iaitu Komponen, Aplikasi, Etika dan Keselamatan Komputer . Bab ini mengandungi 8 subtopik iaitu : Komponen dan Aplikasi Komputer Model Von Neumann Unit Sistem  Aplikasi Komputer Pengenalan Etika dan Keselamatan Komputer Etika Komputer Keselamatan Komputer Latihan Tidak dinafikan bahawa pasti adanya mindset sesetengah individu mengatakan ...

MTE3012 - KELAS PERTAMA MTE

Image
Pada 13 September 2019 yang lepas, kelas pertama Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama bagi Kumpulan A telah bermula. Seminggu selepas Orientasi Universiti, sudah pastinya aku dan rakan-rakanku belum mengenal setiap lokasi kuliah yang ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Manakan tidak, sepanjang minggu orientasi, kami dibimbing oleh Rakan Suai Kenal UPSI untu ke lokasi orientasi, tetapi, setelah itu kami hanya bergantung kepada Peta UPSI yang melibatkan lokasi-lokasi bilik kuliah yang dikongsikan melalui G roup WhatsApp sahaja. Lebih-lebih lagi UPSI terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampus Baru,Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus lama iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Setelah hampir sejam berjalan-jalan di Kampus Lama, hanya dengan bergantung pada peta sedia ada, akhirnya kami tiba ke bilik kuliah MTE iaitu Makmal IT ataupun nama popularnya adalah  Pentagon disebabkan oleh bentuk bangunan tersebut yang berbentuk Pentagon . Setibanya sahaja di...