MTE3012 - MICROSOFT EXCEL : EXAMINATION RESULT & ANALYSIS [CLASS]

4 Oktober 2019, hari ni last day untuk submit assignment Microsoft Word : Mail Merge ke dalam MyGuru. Hari ini juga kami dikejutkan lagi dengan satu berita apabila keheningan suasan kelas dipecahkan dengan pengumuman yang dilakukan oleh Vivian selaku ketua kelas kami.

"Miss Sandra will not teaching us started from today. So our new tutor will be coming in a short amount of time, which is Miss Nurul" - ujar Vivian

"Kenapa Miss Sandra tak ajar kita lagi ?"
"Miss Sandra dah tak sayang kita lagi ka?"
Ujar rakan-rakan sekelasku.

"Ahh, korang yang nakal sangat tu. Payah nak handle. Tu yang kita bertukar tutor lagi"
jawab salah seorang dari rakan sekelasku.

Kesunyian yang menyapa kelas kami sebentar tadi dipecahkan dengan tawa dengan andaian dan lawak-lawak spontan yang direka semata-mata sebagai hiburan. Tapi bila difikirkan semula, ada betulnya juga. Kelas kami terlalu aktif ibarat tertelan 3 tan lori gula. Siapa pun pasti penat melayan karenah kami. Manakan tidak, bak kata lecturer major course kami "Your course, tak boleh jadi pasif. Dunia nak kiamatlah kalau budak-budak Komunikasi Sosial ni senyap. Be active and productive"

Sedang dalam aku mengelamun berkelana di laman mindaku, tiba-tiba pintu dibuka dan terlihat kelibat seseorang yang tidak dikenali memasuki ruangan Makmal IT 7 berjalan lurus terus ke meja tenaga pengajar. "Oh mesti inilah Miss Nurul tutor baru macam yang Vivian katakan" monologku sendiri. Rakan-rakan sekelilingku turut tertanya-tanya "Ini ke tutor baru kita?" ujar mereka berbisik antara satu sama lain.

"Good afternoon class" ujar individu yang kami anggap anggap sebagai tutor itu. "Afternoon" balas kami sekelas secara ringkas. "So, started from today, I'm your new tutor for MTE. My name is Nurul Farozze ... " ujar beliau memperkenalkan diri dengan lebih lanjut. "Haaa betullah tutor baru kita, muda-muda Miss dah sambung Master, aku ni muda-muda masih jahil" ujar rakan yang duduk di sebelahku. Hampir pecah ketawaku dibuatnya. Setelah sesi berkenalan secara santai dilakukan, akhirnya kelas pertama kami bersama Miss Nurul dimulakan dengan Topik ketiga MTE iaitu Microsoft Excel.

Cakap pasal Microsoft Excel, aku memang zero bab-bab Excel ni. Selalu dekat rumah, tengok mak ayah ja guna Microsoft Excel ni untuk buat analisa peperiksaan sekolah dengan kumpulkan data 700+ orang pelajar dekat sekolah. Memang takda la aku nak sentuh benda ni, so memang aku zero bab Excel ni. Itulah pertama kali dalam seumur hidup aku, aku sentuh, buka, amati dan pelajari Microsoft Excel selama 20 tahun aku hidup.

Macam biasa, sesi PdPc akan dimulakan dengan penerangan oleh tutor dahulu. So, berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Miss Nurul, apa yang saya dapati adalah :


  • Microsoft Excel lebih kepada menghasilkan pelbagai jenis lembaran kerja termasuklah kerja-kerja yang melibatkan penggunaan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta. 
  • Bebas untuk membina tab sendiri, menggabungkan, menukar nama dan mengubah sususan tab atau kumpulan tab 
  • Maklumat-maklumat yang berkaitan perlu diisi pada helaian, lajur atau baris yang berkaitan untuk mendapatkan data yang diperlukan
Selain itu, terdapat juga beberapa kaedah yang melibatkan penggunaan formula tertentu yang memudahkan pengiraan dan pemindahan data seperti :

  • Kaedah pautan data (Link)
  • Kaedah Autofill
  • Kaedah Kesahan (Validation)
  • Kaedah VLOOKUP
  • Kaedah COUNTIF 
  • Kaedah SUM
Di samping itu, kita juga boleh menambahkan carta ataupun graf ke dalam Microsoft Excel. Antara elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam pembinaan graf atau carta adalah :

  • Chart/Graph Type
  • Axis Titles
  • Data Label

Selepas selesai sesi PdPc, kami diberikan latihan pengayaan oleh Miss Nurul. Walaupun kami kata kami faham apa yang disampaikan oleh Miss Nurul tetapi untuk mengaplikasikannya itu agak mencabar.


Pada bahagian untuk membina tab baru, memasukkan data-data pelajar, kehadiran, markah peperiksaan, kami masih berada di landasan yang betul. Tapi bila nak masuk bab VLOOKUP, kami lost. Everybody in our row are lost on that time macam dalam video ni.





Sampailah kitorang meminta bantuan Miss Nurul  untuk membimbing kami satu persatu cara menggunakan formula VLOOKUP tersebut.


Setelah dibimbing secara personal oleh Miss Nurul , akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas. Inshaallah, lepas ni ready untuk assignment yeayy ! Apapun, yang penting, lepas habis kelas, kita makan-makan ...


Comments

Popular posts from this blog

MTE3012 - MICROSOFT WORDS : MAIL MERGE [CLASS]

MTE3012 - KELAS PERTAMA MTE