MTE3012 - KELAS PERTAMA MTE
Pada 13 September 2019 yang lepas, kelas pertama Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama bagi Kumpulan A telah bermula. Seminggu selepas Orientasi Universiti, sudah pastinya aku dan rakan-rakanku belum mengenal setiap lokasi kuliah yang ada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Manakan tidak, sepanjang minggu orientasi, kami dibimbing oleh Rakan Suai Kenal UPSI untu ke lokasi orientasi, tetapi, setelah itu kami hanya bergantung kepada Peta UPSI yang melibatkan lokasi-lokasi bilik kuliah yang dikongsikan melalui Group WhatsApp sahaja. Lebih-lebih lagi UPSI terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampus Baru,Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus lama iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Setelah hampir sejam berjalan-jalan di Kampus Lama, hanya dengan bergantung pada peta sedia ada, akhirnya kami tiba ke bilik kuliah MTE iaitu Makmal IT ataupun nama popularnya adalah Pentagon disebabkan oleh bentuk bangunan tersebut yang berbentuk Pentagon. Setibanya sahaja di Makmal IT 7 yang merupakan kelas MTE bagi Kumpulan A seperti yang tertera di dalam jadual, saya agak terkejut juga apabila melihat hampir 71 orang pelajar daripada fakulti yang berbeza di dalam kelas tersebut. Disebabkan oleh ruangan kelas yang kecil dan tidak menampung 71 orang pelajar Kumpulan A, akhirnya kelas pada hari tersebut tidak melibatkan sebarang PdPc. Hanya sesi berkenalan dan mengambil kehadiran sahaja dilakukan. Pada ketika itu, kelas Kumpulan A dikendalikan oleh Miss Sue. Selepas lebih kurang sejam setengah kelas dijalankan, akhirnya kelas pada hari itu ditamatkan dan bersurai.
Tidak pulang dengan tangan kosong, pada hari itu kami didedahkan tentang kegunaan MyGuru UPSI, Learning Materials, Proforma dan Silibus Pembelajaran yang akan kami pelajari dan gunakan sepanjang Semester 1 ini. Bak kata Miss Sue, next week kami akan mula belajar tentang "Komponen, Aplikasi, Etika dan Keselamatan Komputer" yang merupakan Topik pertama dalam subjek ini. Paling penting sekali, selepas habis kelas, kita makan Chocolate Moist dulu.

Comments
Post a Comment