MTE3012 - MICROSOFT WORDS : MAIL MERGE [CLASS]

27 September 2019, kelas ketiga MTE. Bila refresh balik apa yang Miss Sue beritahu minggu lepas, pada minggu ini kami akan belajar Topik ke-2 iaitu Microsoft Words : Mail Merge. Sesampainya sahaja kami di kelas, ruangan kerusi dan meja yang biasa diduduki oleh tutor masih terlihat kosong. Sedang dalam keadaan tertanya-tanya itu, persoalan yang bermain di mandala fikiran kami dipecahkan keheningan suasananya dengan suara ketua kelas kami, Vivian, yang memberitahu bahawa Miss Sue tidak akan mengajar kami lagi.

"HAHHH ?!!" , "Habis tu siapa yang ajar kita MTE?" , "Kita belajar sendiri ka?"

Sudah tentu itu antara soalan yang diutarakan secara terus kepada Vivian pada ketika itu. "Sabar, sabar." ujar Vivian menenangkan kami. "Miss Sue akan mengajar separuh dari kelas A yang lain lagi, manakala, bermula dari hari ini, tutor baharu kita adalah Miss Sandra. Miss Sandra sedang dalam perjalanan dan akan sampai ke sini sekejap lagi" sambung Vivian menjadikan semuanya kini lebih jelas. Hilang juga sedikit gelisah dan terkejut di hati dek pengumumannya sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian, kelihatan kelibat seorang individu yang tergesa-gesa masuk ke dalam kelas sambil mengucapkan kata "Good afternoon, class" . Lantas kami berdiri dan mengucapkan "Good Afternoon" kembali. "Ohhh ini mesti Miss Sandra" teka anak mindaku. Ternyata jangkaanku tidak meleset, dan ya itulah Miss Sandra tutor baru kami bermula dari hari itu.

Tanpa membuang masa, kelas kami dimulakan dengan penerangan yang lebih terperinci mengenai Microsoft Word. Walaupun setiap seorang daripada kami semua sudah tahu basic dan features Microsoft Word tetapi sesi PdPc tetap dijalankan bagi memenuhi amanah yang digalas dan ternyata terdapat beberapa maklumat tambahan yang didapati daripada lecture pada hari itu.



Walaupun terdapat banyak jenama perisian pemprosesan perkataan, kebanyakan perisian-perisian ini mempunyai persamaan bagi ciri-ciri berikut, antaranya :

1.      Memformat Dokumen 


  • Saiz dan jenis font (Font)
  • Italik (Italic), legap (Boldface), garisan (Underline)
  • Jidar (Margins) dan muka surat
  • Kepala (Headers), tapak (Footers), nota tapak (Footnotes)
  • Jadual (Table), baris (Row) dan lajur (Column)
2.     Mengedit Dokumen 

  • Tambah (Insert)
  • Buang (Delete) dan semula (Undo)
  • Carian (Search)
  • Gantian (Replace)
  • Pindah (Move)
  • Salin (Copy) dan tampal (Paste)
  • Semak ejaan (Spell Checker)
  • Semak tatabahasa (Grammar Checker)
  • Kata seerti (Thesaurus)
3.     Mencetak Dokumen

4.     Menyimpan Dokumen 

Setelah itu, Miss Sandra memberikan kami sedikit Latihan Pengayaan iaitu dengan menaip semula sekeping surat dengan mengaplikasikan setiap kemahiran yang kami pelajari sepanjang sesi PdPc tadi ...


Haaa nilah dia contoh surat yang Miss minta kitorang salin semula sebagai latihan pengayaan untuk hari ni.


Sambil-sambil menunggu rakan-rakan lain menyelesaikan tugasan, kita bantu dulu rakan-rakan international belajar Bahasa Melayu. Selepas menyelesaikan latihan pengayaan yang diberikan oleh Miss, akhirnya kami dibenarkan untuk pulang. Macam biasa lah, lepas habis kelas, kita makan- makan dulu. Yeayy!


Comments

Popular posts from this blog

MTE3012 - KELAS PERTAMA MTE

MTE3012 - MICROSOFT EXCEL : EXAMINATION RESULT & ANALYSIS [CLASS]