MTE3012 - INTRODUCTORY CLASS [1st Chapter]

20 September 2019, kelas kedua kami menghadiri kelas MTE. Hari ini, bilangan pelajar dalam kelas MTE Kumpulan A sedikit kurang berbanding minggu lepas setelah kami dipecahkan kepada 2 buah kelas iaitu A1 dan A2. Bagi kumpulan kelas A1, kami masih berada di bawah bimbingan dan seliaan Miss Sue. Macam biasa,  sebelum kelas bermula kehadiran akan diambil dahulu. Adalah dalam lebih kurang 30 orang tidak silap dalam kelas hari ni, termasuklah 4 orang International Students yang berasal dari Negara China. 



Bagi kelas pertama yang melibatkan sesi PdPc pada hari ini, Miss Sue memperkenalkan kami kepada topik pertama dalam MTE iaitu Komponen, Aplikasi, Etika dan Keselamatan Komputer. Bab ini mengandungi 8 subtopik iaitu :

  • Komponen dan Aplikasi Komputer
  • Model Von Neumann
  • Unit Sistem 
  • Aplikasi Komputer
  • Pengenalan Etika dan Keselamatan Komputer
  • Etika Komputer
  • Keselamatan Komputer
  • Latihan
Tidak dinafikan bahawa pasti adanya mindset sesetengah individu mengatakan bahawa "Oh, berkenaan Komponen, Aplikasi, Etika dan Keselamatan Komputer saja. Senang saja tu". Tidak, tidak seringkas dan semudah seperti yang difikirkan. Terlalu rugi sekiranya saya tidak mengambil perhatian di dalam kelas MTE. Bagi kelas pertama ini, terlalu banyak informasi yang saya dapati berdasarkan lecture yang Miss Sue berikan. Lebih-lebih lagi, dalam sesi PdPc, Miss Sue melibatkan semua pelajar di dalam kelas secara aktif melalui kaedah bergilir-gilir membaca paparan slaid silibus pembelajaran dan sesi bersoal jawab di dalam kelas bagi memastikan para pelajar tetap aktif dan fokus di dalam kelas beliau. 

Berikut merupakan input-input yang saya dapati melalui sesi pembelajaran bagi topik yang pertama :

 Subtopik 1 : Komponen dan Aplikasi Komputer

  • 4 fungsi utama komputer : pemprosesan data, penyimpanan data, pergerakan data dan kawalan ke atas komponen yang terlibat. 
  • Jenis-jenis komputer : Komputer Mikro, Komputer Mini, Kerangka Utama dan Komputer Super.
  • Komputer Mikro : Berasaskan teknologi pemprosesan bersaiz mikro seperti komputer riba.
  • Komputer Mini : Sesuai digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan capaian data yang banyak
  • Kerangka Utama : Komputer yang memproses jutaan transaksi dalam satu tempoh yang sama seperti digunakan dalam Bank dan Syarikat Penerbangan
  • Komputer Super : Komputer berkapasiti tinggi yang mengandungi ribuan pemproses dan mampu melaksankan lebih daripada trilion pengiraan sesaat.

Subtopik 2: Model Von Neumann
- Komputer elektronik pertama dibina berdasarkan struktur Model Von Neumann seperti berikut :


Subtopik 3 : Unit Sistem

Unit sistem merupakan komponen utama dalam sesebuah komputer dan terbahagi kepada 8 komponen :

  • Papan Induk 

Papan induk merupakan papan litar bercetak yang ditempatkan di dalam kabinet sistem. Papan ini merangkumi komponen yang tidak boleh dialihkan untuk disambungkan kepada komponen yang boleh dialihkan seperti cip, pemproses mikro, cip ingatan, peranti storan dan pelbagai kad tambahan seperti kad grafik dan kad antaramuka rangkaian.


  • Ingatan Utama
Terdapat 4 jenis cip memori iaitu Cip Ingatan Capaian Rawak (RAM), Ingatan Baca Sahaja (ROM), Pelengkap Ingatan Baca Sahaja (CMOS) dan Flash.

  • Cache
Cache merupakan storan khusus yang digunakan untuk mengurangkan tempoh menunggu akibat daripada proses CPU yang berlaku begitu pantas jika dibandingkan dengan proses RAM.
  • Storan Sekunder 

Storan Sekunder tidak melibatkan penggunaan cip dan merujuk kepada penggunaan media seperti cakera dan pita.
  • Unit Pemprosesan
Ia merupakan 'otak' komputer yang memproses data berdasarkan arahan yang diberikan oleh pengguna perisian.
  • Unit Input
Unit Input merupakan komponen yang digunakan untuk memasukkan data daripada persekitaran komputer ke dalam ingatan utama

  • Unit Output
Unit Output menukarkan maklumat yang telah dihasilkan oleh komputer kepada bentuk yang lebih difahami oleh manusia seperti cetakan di atas kertas, bunyi, grafik atau video.

  • Perkakasan Komunikasi

Digunakan untuk menghubungkan komputer kepada rangkaian seperti Internet adalah modem.


Subtopik 4 : Aplikasi Komputer

2 jenis aplikasi dalam komputer :

  • Perisian Sistem : mengarahkan perkakasan komputer untuk melaksanakan tugasnya secara spesifik
  • Perisian Aplikasi : melaksanakan kerja-kerja seharian

Subtopik 5 : Pengenalan Etika dan Keselamatan Komputer

Pengaplikasian teknologi komputer dan ICT telah dilaksanakan dalam pelbagai bidang yang dapat dibahagikan seperti di bawah.
  • Pendidikan dan Budaya
  • Telekesihatan dan Teleperubatan
  • Perkhidmatan Komunikasi untuk Orang Kelainan Upaya
  • Keselamatan Awam dan Keselamatan dalam Negeri
  • Perkhidmatan Komunikasi Jalur Lebar 
  • e-Kerajaan
Subtopik 6 : Etika Komputer

Etika komputer terbahagi kepada 3 iaitu :
  • Sepuluh (10) Etika Komputer
  • Etika Profesional Komputer
  • Etika Penggunaan Internet
Sepuluh (10) Etika Komputer


Etika Profesional Komputer


Etika Penggunaan Internet


Subtopik 7 : Keselamatan Komputer

7.1     Matlamat Menjaga Keselamatan Komputer

  1. Mengelakkan segala gerak kerja yang dilakukan dari lesap
  2. Mengelakkan komputer, sistem dan perisian daripada rosak
  3. Menjaga privasi komputer
  4. Keselamatan pengguana terjamin 
7.2     Asas Keselamatan Komputer 

  1. Kerahsiaan 
  2. Integriti
  3. Kesediaan
  4. Penggunaan yang betul
7.3     Ancaman Komputer

  1. Ancaman Aktif
  2. Ancaman Pasif
7.4    Jenayah Komputer

         Melibatkan kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya.

7.5     Jenis-jenis Jenayah Komputer

  1. Cyber-vandalisme
  2. Sniffer
  3. Denial-of-sevice-attacks (DOS)
  4. Identify theft
  5. Phising
  6. Hoax
  7. Cetak rompak
  8. Menyebarkan virus
7.6     Jenayah dan Masalah Moral dalam Penggunaan Komputer

  1. Hacker
  2. Cracker
7.7     Virus Komputer

          Virus ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau                          program. Virus boleh menyalin diri mereka, memaparkan maklumat tertentu di monitor,                      memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan hard disk.

7.8     Penjagaan Komputer

  1. Pencegahan dari Jangkitan Virus
  2. Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)
  3. Menghalang Pemecah Kata Laluan (Password Cracker)
  4. Gunakan Internet Firewall


Terlalu banyak perkara-perkara kecil yang saya tidak ambil kira sebelum menghadiri kelas MTE dan akhirnya saya ketahui sedikit sebanyak kepentingannya melalui kelas ini. Rasa tak sabar nak hadiri kelas seterusnya. Kata Miss Sue, next class kami akan belajar cara buat Sijil melalui teknik Mail Merge. Yang penting, selepas habis kelas kita makan-makan dulu, yeayy !




Comments

Popular posts from this blog

MTE3012 - MICROSOFT WORDS : MAIL MERGE [CLASS]

MTE3012 - KELAS PERTAMA MTE

MTE3012 - MICROSOFT EXCEL : EXAMINATION RESULT & ANALYSIS [CLASS]